Sunday, October 13, 2013

14 Oktober 2013 ;)

Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum,

Hari ni alhamdulillah yuko genap 16 tahun, berkat kesabaran ummi walid dalam membesarkan yuko. Hehe, sekarang dah jadi sihat walafiat dah. Alhamdulillah ;)

Birthday kali ni, ada niat untuk berubah sikit demi sikit, in syaa allah biiznillah.. Semoga Allah permudahkan usaha dan niat yuko ni :)

Hmm, tahu kan? Perubahan tu bukan sesuatu yang senang, take time jugak.. Orang sekeliling pun main peranan yang tinggi dalam masa tu. Dah banyak kali sebenarnya yuko cuba nak berubah, tapi selalu gagal.. Kadang-2 ada mengeluh jugak, tapi.. yuko lupa.. Dalam masa kita nak berubah, memang Allah akan bagi ujian yang macam-2 kat kita.. sebab Allah nak kita jadi seorang yang kuat dalam menghadapi ujianNya..

Takpe, manusia memang selalu lupa.. Dan yuko salah satu daripada mereka :)

Ada hikmahnya, mungkin.. bila kita banyak kali buat silap dalam masa yang sama kita tersedar.. tu sebab Allah nak kita sentiasa ingat dia.. Allah turunkan kita ke dunia untuk kita kumpul bukti cinta kita pada Dia, he do love us.. Tapi kita yang selalu lupa cinta Dia, sebab terlalu leka dengan cinta manusia.. Cinta yang sebenarnya datang dari Dia jugak..

Haha, maaf laa ayat berbelit-2 sikit. Hanya orang-2 yang tertentu je yang akan faham.. Eceh, haha.. Okay, sampai sini je untuk post kali ni. Assalamualaikum :)

p/s : Garisan perubahan, START!

No comments:

Post a Comment